PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa akur tewas mudah 21-13, 21-11 kepada Ratchanok Intanon dalam aksi pusingan pertama Terbuka India 2023 di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi, sebentar tadi.
Kekalahan juara remaja dunia dua kali itu menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam acara perseorangan wanita.
RESULTS: #IndiaOpen2023
R32#THA🇹🇭 Ratchanok Intanon(6) def. #MAS🇲🇾 Goh Jin Wei 21-13 21-11
📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/LbKNsxDqlL
— BAM (@BA_Malaysia) January 17, 2023
Kurang dalam tempoh seminggu, Jin Wei juga kalah semasa bertemu pemain Korea Selatan, An Se Young dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Aksi melibatkan pemain beregu lelaki yang dijadual berlangsung petang ini belum lagi bermula.