TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memperuntukkan peralatan kecergasan untuk membantu pasukan kebangsaan bagi meningkatkan standard bola sepak Malaysia.
Perkara ini bakal dilakukan selepas JDT akan menandatangani perjanjian mega dengan sebuah jenama kecergasan antarabangsa yang kini sedang di peringkat akhir perbincangan.
Hal ini disahkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab dan juga menjawab persoalan hantaran di insta story TMJ yang melihatkan dirinya bergambar bersama jersi Harimau Malaya disamping Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are set to sign a mega partnership deal with a global fitness brand in coming months following encouraging talks that have reached the final stages.
[1/2] pic.twitter.com/RvesK4VPID
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 19, 2023
Baru-baru ini Tunku Ismail hadir ke Wisma FAM untuk berbincang dengan Hamidin sambil meluangkan masa menyaksikan sesi latihan rasmi Harimau Malaya menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Kerjasama antara Tunku Ismail dan FAM dilihat bakal memberikan nilai tambah kepada skuad kebangsaan terutama dari sudut kecergasan pemain yang sememangnya menjadi kehendak utama bola sepak moden.
Sementara itu, kerjasama ini juga bakal menyaksikan Harimau Selatan mendapat satu lagi rakan strategik dalam usaha kelab yang berpangkalan di Iskandar Puteri untuk meraih kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.