SEBANYAK 5,000 tiket bagi aksi persahabatan antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan TRW Kelantan FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar habis dijual.

Perkembangan itu disahkan KDA FC menerusi akaun media sosialnya, pada Khamis

“Sambutan amat menggalakkan pada hari pertama jualan, 5,000 tiket sudah dimiliki oleh penyokong Sang Kenari.

“Esok (hari ini), 17,000 lagi tiket akan dijual di Stadium Darul Aman seawal jam 9 pagi,” menurut kenyataan itu.

Ini merupakan aksi kedua pramusim bakal diharungi anak buah Nafuzi Zain selepas segar membelasah Perlis United FC 4-0 di Sintok, baru-baru ini.

Sementara itu, pemilik kelab Sang Kenari, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menggesa peminat HijauKuning membanjiri Stadium Darul Aman dengan sorakan dan laungan keramat.

“Kita hijau-kuningkan stadium kita. Saya akan mengikuti perlawanan ini melalui talian. Maaf buat semua penyokong Sang Kenari saya tidak dapat bersama anda esok (malam ini). Kerja dan tugas saya di luar negara belum selesai lagi.