SELEBRITI popular Malaysia, Adibah Noor memuji  penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, menyifatkan  atlet tersebut sebagai  istimewa dan cantik menerusi hantaran di Twitter Adibah Noor kepada Dhabitah Sabri.

Dia turut menyanjung semangat juang penerjun itu yang menyumbang pingat emas pertama buat negara dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam kali ini.

Dhabitah yang kelihatan serba cantik dalam majlis perasmian pembukaan Sukan SEA 2021 semalam turut diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Hantaran Twitter tersebut dibalas Dhabitah dengan ucapan terima kasih atas pujian yang diberikan penyanyi dan juga pelakon terkenal itu terhadapnya.

 

Sementara itu, Datuk Pandelela Rinong yang telah pulang ke tanah air, menzahirkan rasa gembiranya apabila dapat kembali ke negara kelahirannya setelah 6 hari berjuang di bumi Vietnam.

Beliau turut berpendapat Hanoi merupakan tempat yang sangat menawan kepada seluruh penerjun negara.

Mengakhiri hantaran di twitternya, Pandelela mengucapkan selamat berjuang kepada atlet-atlet lain yang masih berada di Hanoi.

Sebelum ini, gandingan Dhabitah dan Pandelela masing-masing cemerlang dalam acara 10 meter platform seirama apabila meraih emas buat negara .

Keseluruhan penerjun negara turut cemerlang dengan menyaksikan kem terjun menghadiahkan 9 pingat emas.