PERCATURAN Pengarah Kejurulatihan Beregu, Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky merombak gandingan beregu campuran sebelum kehadiran jurulatih beregu campuran, Nova Widianto semakin menampakkan sinarnya apabila gandingan Chen Tang jie-Toh Ee Wei melonjak 18 tangga lagi minggu ini.

Sebelum saingan Super1000 di Terbuka Malaysia, gandingan yang menduduki ranking ke-147 dunia itu naik 72 anak tangga sebaik mara ke suku akhir, manakala selepas mara ke pusingan kedua Terbuka India berstatus Super750 minggu lalu, mereka kini berada di ranking ke-57 dunia.

Perubahan ranking dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dalam tempoh dua minggu, naik mendadak, dari ranking 147 kepada 75 dan kini menghuni tangga ke57 dunia.

Turut memperbaiki kedudukan dengan mendadak, pasangan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing yang kini menghuni ranking ke-73 dunia.

Malah keputusan barisan kejurulatihan menghantar dua pasangan ini ke Kejohanan Antarabangsa Fajr, Iran 31 Januari depan, boleh dianggap percaturan bijak, apabila kedua-duanya mendapat bye dan terus berada dalam undian suku akhir.

Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing mmelonjak dari ranking 84 ke ranking 73 dunia minggu ini.

Berdasarkan prestasi dua gandingan senior yang bergelar profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai yang masing-masing menghuni ranking keenam dan ketujuh dunia ketika ini, peluang untuk dua gandingan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini nampaknya masih terbuka untuk melayakkan diri ke saingan Olimpik Paris 2024.

Apa tidaknya, dua gandingan senior berpengalaman ini sudah dua kali berturut-turut kandas di pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menarik diri dari pusingan pertama Terbuka India selepas tewas di perlawanan pertama Terbuka Malaysia.

Goh Soon Huat-Shevon Lai, kandas di pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Sementara itu, ranking beregu lelaki utama negara turut meningkat apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mara ke final Terbuka India kini naik satu tangga ke kedudukan nombor dua dunia ketika gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terkeluar dari kelompok Top 10, sekadar menghuni ranking ke-11.

Pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula turun satu tangga ke kedudukan kesembilan dunia.

Lee Zii Jia turun ke ranking keempat dunia, dipintas dua pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dan Christie Jonathan.

Pearly Tan-M Thinaah yang turut dua tangga minggu lalu, kembali menghuni ranking keenam dunia, manakala perseorangan utama negara, Lee Zii Jia tergelincir dua anak tangga, kini menghuni ranking keempat dunia, dipintas dua pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting (2) dan Jonathan Christie (3), dalam carta yang menyaksikan Viktor Axelsen (Denmark) terus kukuh di takhta nombor satu dunia.