“KISAH kita berakhir di Januari”… itulah antara komen yang dilemparkan peminat badminton kepada keputusan gandingan kesayangan Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei yang mahu berpisah.
Komen yang dibuat @Aiaiyummy menerusi ciapan Twitter Flash Sukan itu menggambarkan betapa berkecai perasaan peminat melihat gandingan yang kini menduduki ranking ke-11 dunia itumahu membawa haluan masing-masing.
Ada yang meninggalkan emoticon tangisan malah ada yang membuat komen ringkas “what” sebagai menandakan peminat yang bergelar badminton lover (BL) ini terkesima dengan keputusan pemain badminton kebangsaan itu.
Selepas mengumpul peminat ‘mendunia’, sokongan peminat gandingan “dinfei” ini terpaksa melepaskan walau tanpa rela.
“Ini pernah juara kan ya di Jerman Open, kok dipisah? Bukannya ini md 2 platnas Malaysia ya? (maaf klo salah),” ujar seorang peminat dari Indonesia yang menggunakan pengenalan diri me!!!
“Tiada lagi jolokan team tangan kuat…,” komen Iza_J.
Sementara pemilik akaun Twitter, penjualbakso pula berkata: “benaran?? Legitt??? Linknya manaa wooiii… fans harus tahu!!!”
Malah ada yang tertanya-tanya, siapa pasangan baru mereka seperti komen dari yourfuture: “Trus pasangan sm siapa miiiiin? Huaaaaaaa :((((.”
Ada juga yang positif memandang jauh ke hadapan yang menyuarakan keputusan dua pemain itu berpisah bagus sekiranya dilakukan demi kebaikan.
Anda boleh soroti komen-komen peminat dinfei di link di bawah.
BADMINTON: Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei putuskan mahu berpisah.#BadmintonMalaysia #badmintonlover #beregulelaki
— Flash Sukan (@FlashSukan) January 26, 2023
Jawapan kepada persoalan peminat.
Sementara itu, Nur Izzuddin berkata, sejak digandingkan pada 2016, prestasi mmereka merosot dan menempuh terlalu banyak kekalahan.
“Terlalu banbyak kekalahan kami lalui, terlalu lama bersama dalam tempoh tujuh tahun dan apa yang berlaku itu menjadi perkara biasa bagi saya. Menang atau kalah saya hanya enjoy.. jadi dalam masa beberapa kejohanan ini, itulah feeling saya.
“Saya dah kalah tapi saya relax dan balik,” kata Nur Izzuddin, memberitahu alasan mengapa dia mahu berpisah dengan Sze Fei.
Bagi Sze Fei pula, pertemuan bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky memberi peluang buat kedua-dua mereka membuka hati masing-masing, berbincang secara dewasa.
“Memang sebelum ini saya mencari solusi, mahu memperbetul dan meningkatkan prestasi.
“Kemuncaknya dua kejohanan terakhir, keputusan tak bagus dan kami agak down tapi apabila Adin cakap dah tak ada rasa… Saya rasa itu isyarat kuat untuk saya.
“Bagi saya, partnership ni seperti pasangan kekasih, kita berdua yang akan bermain di gelanggang dan kehendak kedua-duanya diperlukan.. tapi sekarang dah tak penting lagi.
“Saya wish Addin the best… tiada siapa salah di sini. Kami sudah lama mahu selesaikan isu ini,” kata Sze Fei.
Siapa gandingan baru Nur Izzuddin dan Sze Fei?
Rexy memberitahu, sememangnya sayang dan merugikan kerana gandingan itu sudah memasuki 10 pemain terbaik dunia dan kini tergelincir satu tangga.
“Siapa gandingan baru mereka… sebenarnya sudah ada dalam pemikiran. Kita kena buat gandingan baru dengan menilai jarak masa untuk ke Olimpik, mungkin agak singkat masanya. Jadi selepas semua jurulatih kembali dari Indonesia Masters, kami akan duduk bersama berbincang mengenai calon pasangan dua pemain senior ini.”