KIBARAN Jalur Gemilang di Istora Senayan terhenti selepas wakil terakhir Pearly Tan-M Thinaah tersingkir pada aksi separuh akhir Indonesia Masters.

Gandingan nombor enam dunia itu tewas kepada pasangan Jepun yang menghuni ranking 11 dunia, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, 14-21, 19-21 dalam masa 51 minit, sekali gus cabaran mereka terhenti di separuh akhir kali kedua-berturut-turut selepas Terbuka India minggu lalu.

Meskipun tewas straight set, Pearly-Thinaah cuba melakukan kebangkitan pada set kedua namun gandingan Jepun itu lebih bijak menekan pemain negara.

Kekalahan itu menjadikan rekod pertemuan kini memihak kepada Fukushima-Hirota dengannisbah kemenangan 3:2.

Justeru, Fukushima-Hirota mara ke final dan akan membuat perhitungan dengan beregu bukan pilihan d ari China, Liu Shen Shu-Zhang Shu Xian, yang mengejutkan pilihan keempat dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai, 21-11, 21-9 pada satu lagi separuh akhir.