PENJAGA gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mempamerkan aksi cemerlang dalam ujian pertamanya berdepan kelab dari Bulgaria, PFC Levski Sofia dalam aksi persahabatan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas penjaga gol Negeri Sembilan itu ternyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya menangkis beberapa percubaan berbahaya daripada jentera serangan lawan.
Biarpun debut bersama Harimau Selatan, namun Syihan tetap kelihatan tenang memperagakan aksinya sama seperti bermain bersama pasukan kebangsaan.
Levski Sofia bermain dengan aksi lebih agresif untuk mencari gol penyamaan, namun sukar mendapat rentak ekoran kecemerlangan JDT menguasai perlawanan.
Malangnya, aksi membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Bulgaria, Levski Sofia terpaksa ditamatkan lebih awal pada minit ke-54 kerana berlaku insiden pergaduhan yang panas tercetus di padang.
Levski Sofia bertindak keluar padang dan memboikot perlawanan tersebut menyaksikan keputusan 1-0 berpihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).
JDT dijadulakan bakal bertemu Lokomotiv Moscow pada 2 Februari dan bakal berhadapan cabaran lebih getir bertemu juara Liga Rusia, FC Zenit pada 6 Februari ini.