PENGUMUMAN sesuatu daripada kelab KV Kortrijk yang dikatakan akan diadakan dalam minggu ini ditangguhkan.
Ia mungkin merujuk kepada pemain pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin yang disebut-sebut mendapat tawaran kelab lain.
“Mohon maaf kepada semua. Sepatutnya kita nak announce something tapi banyak benda tergendala. Apa-apa pun tunggu pengumuman rasmi kelab kalau ada movement. Terima kasih,” ciap Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad menerusi Twitter pada Selasa.
Mohon maaf kepada semua. Sepatutnya kita nak announce something tapi banyak benda tergendala. Apa2 pun tunggu pengumuman rasmi kelab kalau ada movement. Terima kasih. https://t.co/R4ax0V1Qvj
— Amin Fuad (@aminfuad_10) January 30, 2023
ARTIKEL BERKAITAN : Kelab baharu Luqman Hakim diumum minggu depan ?
Setakat ini tidak diketahui sama ada Luqman Hakim akan dilepaskan oleh KV Kortrijk secara kekal atau hanya secara pinjaman.
Laporan media tempatan mendedahkan terdapat dua kelab Eropah cukup berminat untuk mendapatkan khidmat Luqman selepas terpikat melihat aksinya bersama skuad bawah 21 (B-21) KV Kortrijk di Belgium serta aksinya dengan skuad kebangsaan sebelum ini.