CHELSEA telah membida €120 juta Euro untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez untuk dibawa ke kelab Inggeris tersebut.
Fernandez sebelum ini disenaraikan sebagai pemain muda kejohanan selepas berjaya membawa skuad Argentina menjulang Piala Dunia Qatar 2022.
Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tonggak kepada Benfica sebelum ini setelah berhijrah dari kelab River Plate Ogos lalu.
Sepanjang kariernya bersama Benfica, dia berjaya menjaringkan empat gol dalam 29 perlawanan di Liga Primeira.
Bintang muda itu turut berjaya menjaringkan satu gol dalam aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 Qatar menentang Mexico yang menyaksikan Argentina menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.
Sebelum ini, The Blues telah menandatangani Noni Madueke, Mykhailo Mudryk, David Datro Fofana, Andrey Santos, Benoit Badiashile and Malo Gusto pada Januari serta membawa masuk Joao Felix secara loan dari Atletico Madrid.