ARKITEK tengah Austria, Marcel Sabitzer berlepas ke United Kingdom  bagi melengkapkan yuran perpindahan dari Bayern Munich ke Manchester United.

Kecederaan jangka panjang Christian Eriksen dan masalah yang dialami Scott McTominay memaksa United menagih khidmat Sabitzer.

Usaha tersebut perlu dilakukan segera memandangkan United bakal berdepan Nottingham Forest dan Crystal Palace pada minggu hadapan.

Perpindahan Sabitzer bersama Red Devils bakal memberi sedikit kelegaan buat Erik ten Hag, yang memiliki kelebihan tiga jaringan pada separuh akhir pertama Piala Carabao untuk dibawa ke aksi separuh akhir kedua berdepan Nottingham Forest di Old Trafford pada Rabu.

Sabitzer sebelum ini telah meluangkan enam tahun bersama RB Leipzig, menjadi kapten pasukan pada 2020-21, sebelum menyertai Bayern dalam kontrak selama empat tahun pada Ogos 2021.

Ketika bersama Austria, dia berjaya menjaringkan 12 gol dalam 68 penampilannya bersama negara kelahirannya itu.