BAHANG Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) semakin dirasai peminat bola sepak di Malaysia apabila malam ini, majlis undian akan dilangsungkan di Gulf Convention Centre, Manama, Bahrain.

Undian kali ini dilihat menarik apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sah bakal merebut kerusi sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa bagi penggal 2023-2027.

Hamidin menjadi satu-satu wakil Malaysia yang bakal merebut jawatan sebagai wakil Asia di badan induk bola sepak dunia itu.

Selain Hamidin, tokoh lain yang dicalonkan ialah Presiden Persatuan Bolasepak Qatar (QFA), Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al-Thani, Presiden Persekutuan Bolasepak Asia Timur (EAFF), Du Zhaocai (China), Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima; Presiden Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong Gyu; Presiden Persatuan Bolasepak Filipina, Mariano Araneta dan Presiden Persatuan Bolasepak Arab Saudi, Yasser H Almisehal.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Sarawak bersama semua ahli gabungannya juga mengucapkan selamat maju jaya buat Hamidin.

 

ARTIKEL BERKAITAN  : Pemilihan Exco Fifa: “Selamat berjaya…”, Kerajaan beri sokongan penuh buat Hamidin