PENGENDALI pasukan Liga Super Perak FC, Lim Teong Kim menerima penganugerahan Pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara pada Rabu.
Beliau menerima darjah kebesaran itu daripada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Teong Kim,59, cukup berjasa pada bola sepak Malaysia, apabila pernah berkelana ke Jerman sebagai penolong jurulatih bawah 19 tahun Bayern Munich 2001.
Untuk rekod, bekas pengarah projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu pernah bekerja dengan pemain Piala Dunia dan memenangi Piala Dunia yang kini bermain di Real Madrid iaitu David Alaba dan Toni Kroos.
Facebook Perak Football Club yang dimuatnaik hari ini juga mengucapkan terima kasih kepada Teong Kim.