BEKAS pakar analisis pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras kini dilantik sebagai pakar analisis salah sebuah kelab di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Haydee menjelaskan dia sudahpun memulakan tugas bersama Brighton sejak awal Januari.

“Saya memulakan langkah dan ianya terus memberikan peluang kepada saya untuk mengembara di seluruh dunia. Bulan Januari dimulakan dengan pengbaraan saya sebagai pakar analisis bersama Brentford,” kata Haydee Agras.

Haydee meninggalkan Johor Darul Ta’zim pada Julai 2022 lalu. Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Benjamin Mora yang sering menjadi tulang belakang terhadap perkembangan kariernya sebagai penganalisis.

“Saya sudah berada di kelab ini sejak tahun 2019 dan hari ini adalah masa untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Banyak perkara yang saya pelajari dan saya mengambil pengalaman daripadanya dan sudah pasti akan saya bawa sepanjang hidup saya.

“Terima kasih kepada TMJ kerana memberi saya peluang untuk berada menjadi sebahagian daripada keluarga JDT. Saya terhutang budi dengan peluang yang sudah diberikan untuk mengembangkan lagi kerja saya dan berjuang untuk pihak kamu.

“Terima kasih juga kepada Benjamin Mora kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada staff anda. Tahap profesionalisma, cara kerja dan sifat kemanusiaan adalah melebihi pencapaian anda sebagai ketua jurulatih JDT, dan ini membuktikan banyak perkara,” katanya.