JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan kecemerlangan dalam siri aksi pramusim 2023 setelah mencatatkan dua kemenangan berturut-turut.

Anak didik Solari mempamerkan aksi berkualiti apabila kembali melakar kemenangan setelah tewas 2-0 dalam aksi berdepan FC Rostov.

Setelah perlawanan bertemu Levski Sofia sebelum ini dicemari dengan insiden pergaduhan, namun JDT berjaya menang 1-0 meskipun perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-54 susulan Levski Sofia memboikot perlawanan tersebut.

 

JDT terus menunjukkan taring dengan menewaskan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Fursan Hispania dengan keputusan 3-0.

Statistik menunjukkan JDT tampil dengan aksi yang cukup memberangsangkan apabila merekodkan 13 percubaan dan menguasai hampir 60 peratus kawalan bola.

Ini merupakan tonik terbaik buat pasukan sebelum berdepan dengan gergasi Rusia, Zenit St Petersburg pada Isnin.