PEMAIN tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich mengiktiraf keupayaan pemain yang baharu ditandatangani, Joao Cancelo sebagai bintang apabila pertahanan Portugal itu membantu kemenangan 4-0 pasukannya mengatasi Mainz awal pagi Khamis.

Sebelum ini, Cancelo menyertai Bayern daripada Manchester City dan berjaya ditempatkan dalam kesebelasan utama bagi aksi Piala Jerman di Mainz.

Hantaran lintangnya pada minit ke-17 membantu gol Eric Maxim Choupo-Moting selain dia tampak bahaya di sayap kanan.

Joshua Kimmich menyambut kehadiran rakan sepasukannya itu dengan berkata dia amat sesuai dengan juara Jerman itu.