DAKWAAN atas cubaan merogol yang dikenakan kepada pemain Manchester United, Mason Greenwood telah digugurkan.

Pemain berusia 21 tahun itu ditahan pada Januari 2022 atas tuduhan memiliki beberapa gambar dan video terlarang.

Dia kemudiannya didakwa dengan cubaan merogol, mengawal dan berkelakuan kasar yang mencederakan tubuh badan.

Dalam satu kenyataan, Greenwood menyatakan dia kembali tenang dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakannya kerana sentiasa memberi dorongan untuk sentiasa tabah menghadapi ujian.

Pihak Pendakwaan Crown berkata tuduhan tersebut telah digugurkan selepas saksi utama enggan membabitkan diri dalam perbicaraan.

Jurucakap Manchester United mengesahkan perkara tersebut bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atas Mason Greenword telahpun digugurkan.

Sebagai rekod, susulan kes tersebut pemain ini digantung sejak 2022 untuk bermain dan berlatih bersama Manchester United serta pernah beraksi hanya sekali bersama pasukan kebangsaan England.