JARINGAN Lionel Messi memastikan Paris St-Germain (PSG) bangkit meraih kemenangan ke atas Toulouse dan meletakkan mereka selaku pendahulu Ligue 1 dengan kelebihan lapan mata.
Toulouse terlebih dahulu didepan hasil jaringan Branco van den Boomen menerusi sepakan percuma pada minit ke- 20.
Achraf Hakimi menyamakan kedudukan PSG pada babak pertama sebelum selepas rehat Messi menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan menarik dari jarak 25 ela untuk gol kedua pasukan.
Kemenangan itu melonjakkan PSG kepada 54 mata daripada 22 perlawanan, lapan di depan Marseille yang berada di tempat kedua.
PSG kehilangan Kylian Mbappe dan Neymar kerana kecederaan yang dilihat memberikan kesan kepada corak permainan pasukan khususnya dari segi serangan.
Jaringan gol Messi kali ini adalah gol ke-10 dalam Ligue 1 musim ini dan gol ke-15 secara keseluruhan.
Marseille, menentang Nice pada hari Ahad dan kemudian menjadi tuan rumah PSG dalam 16 terakhir Coupe de France minggu depan.
Mbappe akan terlepas perlawanan itu dan perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 14 Februari selepas diketepikan selama tiga minggu kerana kecederaan paha yang dialami ketika menang 3-1 di Montpellier Rabu lalu.