PEMAIN import kelahiran Filipina Jose Elmer Porteria sah menyertai Kelantan United FC (KUFC) memperkuatkan pasukan mengharungi Liga Malaysia 2023.
Pemain berusia 28 tahun ini yang lebih mesta dikenali sebagai OJ Porteria berkebolehan beraksi di posisi sayap kiri serta kanan.
Memulakan karier remaja bersama kelab di Amerika Syarikat, DC United, OJ Porteria kembali ke Filipina menyertai kelab Kaya FC selama empat musim.
Bersama kelab itu, dia membantu Kaya FC muncul juara Piala UFL dan Piala FA UFL dan merekodkan 41 penampilan dengan 30 gol dan 11 bantuan gol.
Pada musim 2016/17, OJ direkrut menyertai Ceres-Negros dan penampilan pemain ini cukup memberangsangkan setelah merekodkan 47 perlawanan, 13 gol dan 11 bantuan gol seterusnya membantu The Golden Boys merangkul kejuaraan 4 tahun berturut-turut Liga Filipina serta Piala AFL.
Atas persembahan baik di Filipina, dia dibawa ke Thailand menyertai Ratchaburi FC dan merekodkan lima perlawanan untuk kelab itu termasuk saingan Liga Juara Asia.
Secara keseluruhannya, OJ Porteria telah beraksi lebih 90 perlawanan sepanjang kariernya dalam Liga Filipina, Liga Thailand, Piala AFC dan Liga Juara Asia, menjaringkan lebih 40 gol dan 22 bantuan gol menjadikan dia antara pemain kebangsaan Filipina sejak tahun 2012.