JAGUH silat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari gagal mara ke final acara silat tanding pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, hari ini.

Mohd Al-Jufferi yang juga juara dunia tiga kali, beraksi dalam kelas F (70-75 kilogram (kg) kalah kepada pencabarnya dari Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid, pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Bac Tu Liem.

Aksi berlangsung panas apabila Jufferi berjaya mengejar untuk mengikat mata pada kedudukan 26-26 dan satu ketika mendahului 31-26 tetapi ditolak 10 mata selepas pihak lawan melakukan protes.

Jufferi terpaksa berpuas hati dengan pencapaian gangsa edisi kali ini.

Terdahulu, Ahmad Atif Irshad Zahidi dalam kelas D (60-65 kilogram (kg) yang mengalami kecederaan terpaksa menarik diri di peringkat separuh akhir.

Kemenangan dihadiahkan kepada pesilat Thailand, Adilan Chemaeng tanpa bertanding.