JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menutup aksi pramusim mereka di Dubai dengan kekalahan apabila tunduk 0-3 kepada juara Liga Russia, Zenit St Petersburg dalam aksi persahabatan pada Isnin.
Zenit membuka tirai jaringan menerusi Rodrigo pada minit ke-10 sebelum seorang lagi pemain dari Brazil, Malcom menambah gol kedua, lima minit kemudian.
Pemain tengah, Danila Kozlov terus mengukuhkan kedudukan buat Zenit apabila meledak gol ketiga pada minit ke-31.
Biarpun mendapat sepakan penalti pada minit ke 87, Safiq Rahim terlepas peluang keemasan untuk meledak gol pertama JDT sekaligus Harimau Selatan terkulai tewas 0-3.
INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY
FT: Zenit St Petersburg (RUS) [3-0] JDT
More photos at https://t.co/OGH7VpaXq0#JDTinDubai#Preseason#JDTDoingJDTThings#WhatCanYouDo#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/tb2YHtMnbw
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 6, 2023
JDT sebelum ini mengharungi empat perlawanan di Dubai dengan tewas 0-2 kepada FC Rostov pada aksi pertama sebelum menang 3-0 dan 1-0 ke atas Fursan Hispania dan Lokomotiv Moscow.
Satu lagi aksi persahabatan JDT ketika berdepan Levski Sofia ditamatkan lebih awal susulan pergaduhan pemain.