PEMBANTU jurulatih dan penganalisis video pasukan Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dikhabarkan sudah memeluk agama Islam, hari ini.
Kelantan FC menerusi kenyataan di laman media sosial mereka mengesahkan perkembangan tersebuh dengan Pol Carpas kini akan menggunakan nama Abu Bakar.
“Pembantu jurulatih dan penganalisis video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas memeluk agama Islam pada hari ini yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan yang disaksikan oleh Coach Rezal, Coach Azli dan Encik Qusmaini. dan akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar.
“Abu Bakar sudah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023,” ujar kelab terbabit.
Dalam perkembangan sama,Norizam atau lebih mesa dengan gelaran Zamsaham di Facebook miliknya turut mengesahkan perkara itu sambil menjelaskan tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah.
“Benarlah hidayah itu milik Allah. Nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa. Mulai esok saya nak panggil dia Abu Bakar,” tegasnya.