PEMAIN skuad kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin kini sudah tiba di Iceleand sejak kelmarin untuk menyertai UMF Njardvik FC bagi menghadapi musim baharu saingan yang bakal bermula pada bulan ini.

Pemain itu disambut dengan mesra pihak kelab menerusi satu klip video yang dimuatnaik di media sosial sekali gus menjanjikan keterujaan kepada peminat yang tidak sabar-sabar melihat aksinya.

Luqman mula menyertai sesi latihan bersama skuad Njardvik semalam dalam suasana angin kencang dengan suhu sejuk.

“Latihan pertama Luqman di Iceland,” tulis kenyataan Njardvik di Twitter pada Khamis.

Graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu setuju menyertai Njardvík yang telah mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjamkannya selama semusim sehingga saingan 2023 tamat.