OLIMPIAN sukan ski, Elena Fanchini dari Itali, meninggal dunia pada usia 37 tahun.
Persekutuan Sukan Musim Sejuk Itali (FISI) berkara, pemenang pingat perak acara menuruni bukit pada Kejohanan Dunia Ski Alpine 2005 itu meninggal dunia akibat kanser.
Fanchini, mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006, 2010 dan 2014, terpaksa menarik diri daripada Sukan PyeongChang 2018 selepas disahkan menghidap kanser.
“Elena Fanchini meninggal dunia di rumahnya di Solato (berhampiran Brescia),” kata FISI dalam satu kenyataan.
Fanchini turut menyertai enam Kejohanan Dunia dan membuat empat podium Piala Dunia, semuanya dalam acara menuruni bukit, termasuk dua kemenangan di Tasik Louise, Kanada pada 2005 dan Cortina d’Ampezzo, Itali pada 2015. -Reuters