BOS Manchester City, Pep Guardiola dan pengurus skuad bola sepak wanita England, Sarina Wiegman telah disenarai pendek untuk merangkul Anugerah Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Guardiola adalah salah seorang daripada tiga finalis dalam kategori jurulatih lelaki dan memenangi kejuaraan Liga Perdana musim lalu.

Wiegman pula membimbing England menjuarai Kejohanan Eropah tahun lepas yang merupakan trofi utama pertama pasukan itu.

Wanita Belanda itu, yang juga memenangi Euro sebagai bos Belanda pada 2017, meraih Anugerah Terbaik Fifa pada 2017 dan 2020.

Turut tersenarai bagi kategori jurulatih terbaik Fifa adalah Lionel Scaloni yang mengetuai Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar, dan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, yang merangkul gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara.

Calon lain bagi kategori wanita ialah Sonia Bompastor  membimbing Lyon ke liga Perancis dan Liga Juara-Juara berganda musim laludan Pia Sundhage.

Manakala Sundhage dari Sweden mengepalai Brazil ke Copa America Femenina.

Pemenang akan diumumkan di Paris pada 27 Februari nanti.