ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tetap berbangga meraih gangsa dalam acara lontar peluru lelaki Sukan SEA Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi.
Pencapaian itu membuktikan dirinya dapat bertanding dengan atlet normal lain untuk merebut pingat.
“Syukur ke hadrat Ilahi, ini adalah Sukan SEA saya kali ketiga, saya sudah buat terbaik dan bangga dapat meraih pingat gangsa buat negara.
“Saya juga bangga sebagai seorang atlet para dapat bersaing dengan atlet normal,” kata Ziyad yang melakukan lontaran 17.20 meter ketika ditemui pemberita di Hanoi.
Pingat emas milik atlet Filipina, William Morrison III Edward dengan memperoleh lontaran 18.14 meter sementara perak diraih Jakkapat Noisri dari Thailand (17.32m).
Pada penampilan di Filipina tiga tahun lalu Ziyad merangkul perak manakala meraih gangsa di Kuala Lumpur 2017.