SANTAI kedai kopi bersama penyokong mampu mengeratkan hubungan antara badan induk bola sepak negara dengan penyokong.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dilihat hadir ‘lepak’ santai untuk berborak bersama beberapa penyokong fanatik bola sepak tanah air selepas solat terawih.
Menerusi satu perkongsian Instastory capoapparel_lekir, pertemuan santai itu berkisarkan kepada perkembangan arena sukan bola sepak negara khususnya kepada skuad Harimau Malaya.
Selain Lekir atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Ahmad, sesi lepak itu turut disertai dua lagi penyokong lain di Kedai Kopi Yeop KL.
“Semoga yang baik-baik saje untuk perjalanan bola sepak tanah air…,” tulis Lekir.