PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengadakan pertemuan dengan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkembangan itu dimaklumkan kelab berkenaan menerusi kenyataan berserta gambar pada pertemuan berkenaan di laman Instagram rasmi mereka, @officialjohor pada Sabtu.

“Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terima mengadap Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon di ibu pejabat JDT pada hari ini

“Luaskan Kuasamu Johor,” kata kelab itu.