PELUMBA Ducati, Enea Bastianini berpuas hati dengan kepantasan tunggangan jentera baharunya namun mengakui masih ada beberapa halangan.

Pelumba berusia 25 tahun itu menjalankan ujian pramusim MotoGP Sepang dengan agak baik. Pada hari pertama, Bastianini menamatkan saingan di tempat ketiga dengan perbezaan 0.262 saat berbanding Marco Bezzecchi, yang mendahului senarai pemandu terpantas.

Bagaimanapun, pada hari ujian, Bastianini menduduki tempat kesembilan meneusi perbezaan 0.458 saat dengan pelumba terpantas Jorge Martin. Bagaimanapun, sesi ini boleh dikatakan tidak optimum kerana kebanyakannya berlaku dalam keadaan basah akibat hujan.

Enea Bastianini mengakui tidak yakin dengan bahagian belakang motosikal Ducati itu. Akibatnya, Bastianini mengalami kesukaran untuk memaksimumkan kelajuannya apabila dia memasuki selekoh.

“Hari saya tidaklah teruk. Pada mulanya dengan keadaan kering okey. Kami cuba melakukan banyak pusingan dengan tayar yang digunakan tetapi saya tidak begitu laju. Untuk esok (hari ini) kami perlu bekerja di kawasan ini. Pada sebelah petang, dengan hujan, kami membuat langkah yang baik, terutama dengan enjin.

“Ya, motor baharu itu laju. Namun, sukar untuk saya sekarang membawa kelajuan dan keluar pantas dari selekoh kerana saya tidak terlalu yakin dengan bahagian belakang motosikal pada motosikal baharu ini.

“Kekuatan terbesar motosikal ini sedikit berbeza dan saya perlu menukar gaya tunggangan. Sukar untuk dijelaskan, tetapi saya tidak dapat memasuki selekoh dengan (motosikal) lama.

“Saya perlu memasuki selekoh dengan lebih perlahan dan menggunakan lebih pecutan. Tambahan pula, sudut maksimum pada masa ini tidak betul,” kata Bastianini dipetik Crash.

Ujian pramusim MotoGP Sepang 2023 akan berakhir pada Ahad. Selepas itu ujian pramusim akan diteruskan di Portimao, Portugal sebelum mengadakan siri pembukaan kejuaraan MotoGP 2023.