PEMILIK majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC,Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dilaporkan tidak sihat bagi melihat aksi jelajah pramusim di Antalya, Turkiye.

Perkara itu dimaklumkan sendiri menerusi Facebook pada Ahad.

“Hari ini hari ketujuh Sang Kenari berada di bumi Turkiye. Sudah dua perlawanan mereka bertarung sambil mengenal pasti potensi dan watak diri sendiri.

“Saya asalnya bercadang nak terbang ke Istanbul malam ini bagi bersama Sang Kenari. Namun, keadaan kesihatan saya tak bagitu baik. Sakit tekak dan batuk.

“Saya tak dapat bersama Sang Kenari,” katanya.

Beliau juga sempat memberikan pesanan ringkas penuh bermakna buat pemain dan anak didik Nafuzi Zain

“Saya ingin titipkan sesuatu untuk semua pasukan Sang Kenari. Anda boleh mengatasi apa sahaja jika anda terus berusaha untuknya.

“Anda boleh merungkai apa sahaja masalah jika anda terus bekerja mencari solusi,” katanya.