HAMPIR seminggu Flash Sukan membuat liputan kejohanan Sukan SEA 2021 dapat dirumuskan ada beberapa perkara menarik yang boleh dikongsikan kepada pembaca portal kami.
Bermula sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi masalah komunikasi sedikit menyukarkan kami dalam mencari bilik penginapan yang telah ditempah pada hari pertama.
Semasa di airport semuanya berjalan lancar sehingga pembelian kad sim kerana kebanyakan petugas faham dan boleh berbahasa Inggeris.
Rata-rata rakyat Vietnam menggunakan bahasa ibunda dan ada masanya kami perlu menggunakan Google Translate untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Bagaimanapun, kesemua mereka yang kami temui cukup mesra dan membantu sepanjang liputan di Hanoi dan Nam Dinh.
Kerap guna hon kenderaan
Berbeza di Malaysia, hon jarang digunakan kecuali amaran kecemasan atau untuk mengucapkan selamat tinggal. Mungkin ! Tapi di Hanoi khususnya, sepanjang masa hon digunakan dan ia adalah pemandangan biasa di sini.
Penulis sempat bergurau dengan pemandu teksi untuk memicit hon dan dia mengizinkan. Katanya, hon memang perlu digunakan. Pelik jika membawa kenderaan tak guna langsung hon !
Jarang sangat berlaku kemalangan walaupun penulis dan rakan yang berada dalam kenderaan sedikit cemas pada awalnya melihat cara pemanduan mereka membawa kami ke lokasi pertandingan Sukan SEA.
Restoren makanan halal terhad di Hanoi
Diakui sukar mencari makanan halal di bumi Hanoi ini. Pilihan yang terhad dan kami memilih untuk memasak sendiri di bilik penginapan. Rendang, ikan bilis, maggie dan makanan ringan lain di bawa dari tanah air sebagai kudapan malam hari.
Bagaimanapun, kami mendapat recommended daripada rakan media dan petugas atlet Malaysia yang memberitahu ada beberapa kedai makanan menyajikan makanan halal. Antaranya adalah di Restoren Halal Batavia yang merupakan satu-satunya restoran masakan Indonesia di Hanoi.
Kiranya di sini, restoran itu menjadi port pilihan barisan Kontinjen Malaysia dan pegawai termasuk kami yang mencuba makanan di sana.
Hasilnya, cukup memuaskan hati. Pelbagai menu disediakan antaranya nasi goreng, sate ayam, rendang dan banyak lagi menu. Kebetulan masih lagi mood Aidilfitri. Cukup meriah suasana setiap kali kami singgah ke Restoran Batavia.
Terima kasih kerana membaca coretan kami dari bumi Hanoi. Tunggu episod terakhir pula !
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE
Web: flashsukan.com.my
Instagram: flashsukan_official
Twitter: @flashsukan
FB: flashsukan.official
YOU TUBE: Flash Sukan Official
TIK TOK: flashsukan