MALAYSIA meraih satu gelaran di Chennai apabila skuad skuasy diketuai Aira Azman muncul juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia.
Pada final, skuad wanita negara mengatasi Hong Kong 2-0 sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi pada 2019.
Pada aksi yang berlangsung di Chennai, India itu, Aira yang turun selaku perseorangan pertama tidak berdepan masalah mengatasi Wai Sze Wing straight set 11-2, 11-9, 11-5.
Pemain kelahiran Johor, J Yasshmita berjaya menoktahkan kemenangan buat skuad negara apabila menundukkan Tse Yee Lam Toby 11-5, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7 dalam aksi yang berlangsung sengit.
Terdahulu di separuh akhir, skuad wanita negara tewaskan India 2-1.
Sementara itu, skuad lelaki negara berkongsi pingat gangsa dengan Korea Selatan selepas tewas pada aksi separuh akhir kepada Pakistan semalam.