KEM Manchester City kini dilanda kebimbangan selepas penyerang prolifiknya, Earling Haaland diragui mampu cergas sepenuhnya menjelang pertembungan dua pasukan teratas menentang Arsenal awal pagi Khamis.
Ini susulan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikeluarkan selepas babak pertama setelah mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Aston Villa dengan kemenangan memihak City, 3-1 ke atas lawan.
Kecederaan dialami Haaland itu mendatangkan kesan apabila dia tampak mengalami kecederaan paha ketika bertembung dengan penjaga gol Villa, Emiliano Martinez.
Situasi ini pastinya membimbangkan Pep Guardiola dengan pengedali itu mengharapnya peledaknya itu mampu cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Arsenal.
“Haaland mengalami kecederaan, dia rasa tidak selesa, pada kedudukan 3-0 kami tidak mahu mengambil risiko.
“Kami akan melihatnya untuk beberapa hari lagi. Jika dia tidak bersedia, kami akan bermain satu lagi. Saya harap dia bersedia tetapi kami akan lihat,” tegas Guardiola.
Skuad Gunners masih ada satu perlawanan dalam tangan tetapi City boleh berada di persada liga sekiranya mereka menang di Emirates pada pertengahan minggu.
Keputusan seri 1-1 Arsenal berdepan Brentford kelmarin membuka pintu buat City namun tidak seperti hujung minggu lalu apabila mereka melepaskan peluang dengan kekalahan di tangan Tottenham, kali ini mereka tidak melakukan kesilapan.