PEMAIN supersub Inter Milan, Romelo Lukaku berjaya menjaringkan gol tunggal bagi membantu kelabnya cemerlang menewaskan 10 pemain Porto FC dalam aksi pusingan pertama kelompok 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara.

Lukaku menyempurnakan gol tersebut pada minit ke 86 sekaligus menggamatkan Stadium San Siro yang dipenuhi ramai penyokong Inter Milan.

Porto turut memiliki peluang keemasan menerusi Zaidi Sanusi dan Mehdi Taremi namun ianya digagalkan penjaga gawang Inter, Andre Onana.

Kelab dari Portugal itu terus dirundung malang setelah Otavio dibuang padang pada minit ke- 78 setelah menerima dua layangan kad kuning kerana kekasaran yang dilakukan.

Lukaku muncul wira Inter Milan dengan menggantikan bekas penyerang Manchester City, Edin Dzeko sekaligus berjaya menanduk kemas untuk jaringan tunggal tuan rumah.

Aksi timbal balik akan dilangsungkan di Estadio Do Dragao di Porto pada 14 Mac ini.