MANCHESTER City terpaksa menggigit jari setelah hanya mampu seri dengan RB Leipzig dalam aksi pertama Pusingan ke-16 Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.
Pasukan pelawat jelas mengawal permainan dengan baik pada separuh masa pertama dengan Ilkay Gundogan membantu Riyad Mahrez menggegar gawang pada minit ke-27.
Sebaik babak kedua bermula, RB Leipzig tampil berbeza dengan aksi lebih memukau dan mempunyai peluang menjaringkan gol menerusi Benjamin Henrichs namun tandukannya sedikit tersasar melewati palang gol.
Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Gvardiol berjaya menjaringkan gol penyamaan sekaligus kelab Jerman terikat 1-1 dengan City.
Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat menyaksikan City membawa kelebihan satu jaringan di tempat lawan untuk dibawa pada aksi timbal balik di Etihad.
Guardiola ternyata sugul masih menantikan kejuaraan sulung Liga Juara-Juara untuk Manchester City dan ingin menamatkan perjalanan RB Leipzig pada aksi timbal balik pada 14 Mac.