SEPERTI diketahui skuad bola sepak bawah 23 tahun negara (B-23) Malaysia akan bertemu pasukan tuan rumah, Vietnam peringkat separuh akhir Sukan SEA 2021 di Stadium Viet Tri, Phu Tho pada Khamis.

Atas kertas Vietnam yang dikendalikan Park Heng Seong calon pilihan mara ke final di Hanoi.

Berikut Flash Sukan senaraikan tiga pemain berbahaya Vietnam yang perlu dijaga Brad Maloney dan anak buahnya menurut analisis jurulatih antarabangsa Malaysia, Raja Isa Raja Akram Shah bagi mengelak terjerat permainan dalam padang serta psikologi.

“Vietnam kunci kekuatan sebenar terletak kepada tiga pemain senior B-23. Brad Maloney, Khan Hung Meng dan Kris Yong harus mampu mengatur strategi membatasi semua pergerakan ketiga pemain ini.

“Ia kerana roh Vietnam terdapat kepada tiga pemain ini dan saya percaya tanpa mereka, Vietnam sudah pasti mampu Malaysia kalahkan dengan mudah.

“Falsafah football match is a war game yang diresapi Park Heng Seong sudah sebati di setiap pemain Vietnam sejak jurulatih itu mengikat kontrak pada 2015.

“Vietnam bermain secara collective high pressing fast transition with provocation part of game plan. Ketiga-tiga pemain ini sangat pintar membuat semua junior mereka bermain sebagai satu unit dengan semangat perang yang luar biasa,” katanya ketika dihubungi Flash Sukan dari Bangladesh pada Selasa.

DO HUNG DUNG
Kapten Pasukan

Kapten Pasukan Senior Vietnam berusia 28 tahun yang baru kembali pulih dari kecederaan kaki beberapa bulan lalu dan bermain dengan cukup baik di Liga Super Vietnam 2021 bersama kelab Hanoi FC.

NGUYEN HOANG DUC
Pemain Tengah

Hoang Duc berusia 24 tahun bermain di posisi tengah dan mendapat Anugerah Pemain Terbaik Liga Vietnam 2021 berganding dengan Kapten Vietnam.

NGUYEN TIEN LIN
Penyerang

Penyerang berusia 24 tahun yang prestasi semasa merupakan penjaring gol terbanyak FIFA Pra Kelayakan Piala Dunia 2022 dengan lapan gol mengatasi peledak Korea Selatan, Son Heung Min (7), gol dan Lionel Messi (7) dan Cristiano Ronaldo (6) gol.

Jadi, menurut Raja Isa yang kini membimbing kelab Muktijoddha Sangsad KC di Liga Perdana Bangladesh, perkara utama yang perlu dilakukan Brad Maloney dan Hung Meng adalah melakukan tekanan tinggi dan pemain pertahanan bermula di area hadapan dan bukan menunggu untuk serangan balas.

“Tetap ada peluang asalkan berani bermain seperti Vietnam. Serang mereka dari awal dari menunggu secara taktikal kerana kelemahan Vietnam kalau negara mampu lakukan jaring gol awal, Malaysia ada harapan kalahkan Vietnam.

“Pasukan Vietnam akan banyak melakukan tindakan terburu-buru atau kelam kabut dengan tempoh tinggi. Jika ketinggalan mereka tidak lagi termampu jaring gol,” ujarnya.

Raja Isa

Vietnam yang merupakan penyandang juara muncul juara Kumpulan A dengan mengutip 10 mata.

Pemenang bakal membuat perhitungan penentuan pingat emas di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Ahad ini.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA pada edisi 2011 sewaktu dibimbing Datuk Ong Kim Swee.

Pencapaian terbaik Malaysia selepas itu adalah muncul naib juara seterusnya membawa pulang pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur juga di bawah kendalian Kim Swee, sebelum tersingkir seawal peringkat kumpulan di Filipina pada edisi 2019.