PENGURUS pasukan bola sepak Thailand ‘Madame Pang’ Nualphan Lamsam secara tidak sengaja disiku di bahagian hidung semalam oleh kapten pasukan, Kawin Thamsatchanan pada perlawanan bertemu Laos oleh kapten pasukan, Kawin Thamsatchanan.

Laporan menunjukkan bahawa dia mungkin terbang kembali ke Thailand hari ini untuk menerima rawatan lanjut, menurut sumber dari Twitter Thai League Central.

Nampaknya pasukan negara Gajah Putih itu bakal kehilangan ‘aura’ menjelang aksi separuh akhir Sukan SEA 2021 berdepan Indonesia di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada Khamis.

Thailand, pemenang 16 kali edisi muncul juara Kumpulan B yang disertai Malaysia, Singapura dan Kemboja.