PENOLONG Jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt menjelaskan tonik kejayaan pasukan kendaliannya mengikat KL City FC adalah sesuatu yang luar biasa.

Dalam kem Harimau Kumbang, Yee Fatt telah berjaya mengesan keterujaan pemain dengan motivasi dan semangat yang tinggi menunggu saingan liga bermula.

Menurutnya, biarpun berjuang hanya dengan 10 pemain, namun mentaliti keseluruhan pasukan wajar diberi pujian kerana berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Kuala Lumpur City FC bukan pasukan yang mudah. Sebelum kita melawan KL , kita ada beberapa sesi di Pulau Pinang.

“Kebelakangan ini, saya lihat pemain positif dan bermotivasi seperti mereka menunggu liga bermula. Ia membuat saya percaya kemampuan kami berada di sini dan pulang dengan satu mata.

“Walaupun kita bermain dengan 10 pemain, kita buat kesilapan tetapi pada masa yang sama kita fikir kenapa tidak membawa pulang satu mata. Saya harap kita dapat teruskan momentum ini sehingga penghujung musim,” jelasnya ketika ditemui semasa sidang media selepas perlawanan KL City FC berdepan Penang FC.

Antara pendekatan yang menjadi sandaran Penang FC adalah dengan menerapkan kepada pemain agar bertahan dari segi mental dan meneruskan ancaman ke kubu lawan tanpa henti.

“Pendekatan yang kita lakukan berjaya dan pemain berjaya manfaatkan apa yang kami mahukan,” ujarnya.

Sudah tentu, tiada apa pun. Pada separuh masa pertama, kita ketinggalan. Saya hanya beritahu pemain, mental mereka harus kuat dan mereka harus meningkatkan tekanan di bahagian hadapan.

Dengan keputusan tersebut, Yee Fatt turut berharap Ketua Jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan pada hari ini.

“Saya harap Manzoor berpuas hati.Semasa latihan dan persahabatan, kita selalu berbincang dan kita memiliki falsafah yang sama.

“Sebelum makan tengah hari, kita ada bertukar pandangan, bagaimana KL mempunyai senjata rahsia mereka. Kita tidak pernah berhenti berkomunikasi,” katanya.