SEMUA pengurus yang mengiringi pasukan ke Sukan Sea, digesa memastikan setiap atlet membuat pengisytiharan kesihatan yang lengkap, bagi mengelakkan isu doping timbul gara-gara masalah kesihatan.
Chef De Mission Sukan Sea Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, ia bertujuan memastikan atlet yang mempunyai masalah asma dan dikhuatiri gagal ujian doping susulan pengambilan ubatan tertentu, tidak timbul.
“Dari segi persiapan, atlet harus membuat pemeriksaan perubatan sebelum pergi (Sukan sea) dan mereka harus memberitahu bahawa mereka ada asma.
“Justeru, ISN (Institut Sukan Negara) akan membuat persediaan tertentu… jadi tidak akan ada masalah mengenai doping,” kata Mohd Nasir, dalam sidang media selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan ke Sukan Sea Kemboja, di Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Turut hadir, Timbalan CDM Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee.
Tambah beliau, semua atlet perlu mengemukakan borang kesihatan Therapeutic Use Exemption (TUE) bagi pihak ISN untuk mengambil maklum isu kesihatan selain mencari alternatif perubatan yang tidak akan menggangu ujian doping.
The World Health Organisation (WHO) is working with Cambodian authorities after two confirmed human cases of H5N1 bird flu were found among one family https://t.co/ZuLc6SNhcO
— Independent.ie (@Independent_ie) February 25, 2023
Sementara itu, Mohd Nasir memberitahu, waktu penganjuran Sukan Sea di Kemboja Mei nanti adalah kemuncak panas di negara yang dianggarkan akan mencecah suhu 42 darjah Celsius, akan mengakibatkan cuaca berdebu dan mengundang pelbagai masalah kesihatan.
Mengulas mengenai dua kes kematian terkini melibatkan seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa akibat virus selesema burung H5N1 di negara terbabit, Mohd Nasir berkata:
“Kita ada menerima amaran berhati-hati tapi tidak sampai ke tahap kita perlu panik.
“Begitupun, kita tetap mengambil maklum berkaitan wabak itu dan langkah keselematan diutamakan.”
Katanya, ISN membawa sembilan doktor dan pihaknya akan meminta bilangan doktor perubatan yang mengiringi pasukan ditambah, termasuk pegawai psikologi, bagi memantau atlet-atlet muda yang tidak berpengalaman bersaing di pentas temasya antarabangsa.