BOLA sepak dan KDA FC telah banyak mengubah hidup saya,” kata pemilik Kedah Darul Aman FC (KDAFC) Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang mula disayangi penyokong Sang Kenari.

Mohd Daud berkongsi dalam coretan terbaharu menerusi Facebooknya, menyifatkan kadang-kadang dirinya ‘hilang’ hidup kerana terlalu ambil berat dengan KDA FC.

“Banyak masa diberi. Masa rehat tak ada. Minda sentiasa bergerak dan berfungsi,” ujarnya sanggup berkorban demi kepentingan bola sepak negeri.

Sokongan padu penyokong KDA FC menerbitkan perasaan mengujakan Mohd Daud.

Jelas beliau, programnya pada Sabtu di Alor Setar penuh dari jam 9 pagi sampai 7 malam.

“Jam 8 malam, saya akan ke Stadium Darul Aman bagi perlawanan Sang Kenari dengan PDRM.

“Saya sudah berada di KLIA menuju Alor Setar. Hujan masih turun renyai-renyai di KLIA. Semoga mangsa banjir di Johor diberikan keringan dan kesabaran.

“Insya Allah, KDA FC akan turut menyumbang bersama-sama rakyat Malaysia yang lain kepada rakan-rakan kita di Johor. Yang indah dinikmati bersama. Yang sedih dan malapetaka ditanggung bersama,” katanya dilahirkan di Jalan Lumpur (kawasan belakang Aman Central).

Tokoh kewangan Islam itu juga bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-59 pada 5 Mac 2023.