PENUTUP acara renang hari ini berakhir dengan kutipan dua pingat untuk Kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2021.
Bermula dengan Job Tan Xi Jay, yang meraih pingat gangsa dalam acara 200 meter kuak dada dengan mencatat 2:17.68s.
Emas milik Maximillian Wei Ang dari Singapura (2:11.93s) dan perak diraih tuan rumah, Bao Pham Thanh (2:12.09s).
Sementara itu, gandingan Welson Sim, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh dan Khiew Hoe Yean menamatkan acara 4×200 meter gaya bebas berganti-ganti lelaki di tempat kedua dengan rekod kebangsaan baharu, 7:19.75s.
Emas milik Vietnam (7:16.31s) manakala Singapura mendapat gangsa (7:21.49s).
Welson dan Hoe Yean akan berentap dalam acara 200m gaya bebas lelaki hari ini.