BEREGU wanita sensasi negara, Pearly Tan-M. Thinaah berada pada kelas tersendiri selepas hari ini mereka disahkan menghuni ranking ke-10 dunia.
Meskipun gagal membantu pasukan Piala Uber negara meraih sebarang keputusan membanggakan, namun mereka sering mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.
Sebelum ini, pasangan beregu ke 10 dunia itu pernah meraih gangsa Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 di Malaysia.
Malaysia masih ketandusan gandingan pemain wanita yang kuat dan konsisten namun sehingga kini, mereka merupakan beregu wanita terbaik yang dilahirkan negara sehingga hari ini.
Pearly Tan- M. Thinaah meneruskan aksi di Terbuka Thailand hari ini menentang gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi di Impact Arena, Bangkok dalam saingan pusingan ke-32.