MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu perseorangan No. 4 dunia, Lee Zii Jia fokus terhadap masa depannya.
Dalam masa yang sama, Hannah kini dan sedang menunggu kepulangan Lee Zii Jia dari Terbuka Jerman untuk mengadakan pertemuan dan berbincang lebih lanjut bagi mengetahui sebab sebenar pemain tersebut menghamburkan hantaran kurang enak di laman media sosialnya beberapa hari lalu.
“Saya akan berjumpa Zii Jia apabila dia pulang. Perkara itu (Hantaran Im fucking done Lee Zii Jia di laman Instagram) saya pasti akan dibincangkan. Kita akan membantu dia fokus terhadap masa depannya.
“Kita sudah tentu mahu Zii Jia menyumbang ke arah Road to Gold. Kita percaya dia miliki perkara tersebut. Kita hanya mahu berada di sana dan membantunya.
“Ini adalah projek dan servis nasional, saya harap dalam perbincangan kami, dia akan meletakkan kepentingan negara Malaysia di hadapan berbanding kepentingan individu,” ulas Hannah.