SUSULAN prestasi Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dilihat masih belum menjadi, penyokong Sang Kenari diminta bersabar sebelum melihat kejayaan manis hadir selepas ini.

Bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, peminat perlu bersabar dan percaya akan proses yang baru dijalankan ini.

Selain itu, penyokong juga perlu mempercayai pemain yang akan meneruskan perjuangan ini dengan skuad kendalian Nafuzi Zain.

Fans perlu sabar dengan perancangan coach Nafuzi Zain.

“Bukan senang nak dapat keserasian antara pemain-pemain dalam beberapa perlawanan.

“Beri masa beliau peluang untuk lakukan yang terbaik buat pasukan kita,” kata jurulatih kelahiran negeri jelapang padi itu.

ARTIKEL BERKAITAN : “Sesuatu perlu dilakukan… ” – Azraai Khor

Azraai Khor mencipta rekod paling cemerlang apabila melengkapkan koleksi tiga gelaran iaitu juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selama dua tahun pada musim 2007 dan 2008.

Katanya, kejayaan tidak hadir dalam masa singkat dan memerlukan kesabaran dan komitmen semua pihak.

“Saya dulu pun memerlukan dua tahun untuk menang Liga Premier untuk kembali ke Liga Super dan terus menjuarai double treble 2007 dan 2008.

“Yakinkanlah diri sendiri, berjuanglah sejiwa murni,” ujarnya lagi.

 

Kedah berada di tangga keempat dengan meraih sembilan mata.

 

Dalam pada itu, Manuel Hidalgo dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menentang Kelantan United FC dalam aksi Liga Super di Kota Bharu pada Isnin.

Bintang asal Argentina itu mencetak nama selaku penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45 dan meletak Sang Kenari di depan sebelum tamat separuh masa pertama.

Sepanjang lima aksi musim ini, pasukan dari utara itu telah mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan, satu kalah selain tersingkir awal dari pentas Piala FA.