PERENANG muda negara Andrew Goh Zheng Yen mencipta sensasi pada hari terakhir Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini, apabila memecah rekod kebangsaan acara 50 meter (m) kuak dada lelaki.
Lebih bermakna, catatan 28.10 saat (s) yang dilakukan perenang berusia 19 tahun itu bukan sahaja memadam rekod Wong Fu Kang 28.59s pada 2016, malah turut berjaya menempah tiket ke Kejohanan Dunia Akuatik 2023, yang akan berlangsung di Fukuoka, Jepun.
Bagaimanapun, atlet kelahiran Selangor yang dijangka terpilih mewakili negara ke Sukan Sea Kemboja itu, sekadar menduduki tempat ketiga selepas perenang Indonesia, Felix Viktor Iberle mengguguli emas (27.65s) diikuti atlet Namibia, Ronan Zuberge Wantenaar (27.84s).
Pemenang emas Kejohanan Renang Peringkat Umur Asia Tenggara 2022 itu tidak menjangka mampu mencapai impiannya ke persada dunia, berpuas hati dengan pencapaiannya kerana ia disifatkan usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil.
“Definitely it is my long-term goal to qualify as world champ and Olympic since I was seven and now I turn 19 it is dream come true. I trained really hard with my coaches I guess it paid off.
“It is not just luck, is all about determine, right now I can see myself improving,” katanya, kepada pemberita selepas tamat perlumbaan.
Sepanjang empat hari kejohanan bermula Jumaat lalu Andrew berjaya menggondol lima pingat iaitu gangsa bagi acara 50m dan 200m kuak dada, tiga perak bagi 4×100 gaya bebas dan 4×100 rampaian berganti-ganti serta 4×200 gaya bebas berganti-ganti.