FIRDAUS Tan Abdul Aziz antara jurulatih profesional yang mendapat peluang dihantar ke Croatia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menimba ilmu dan kemahiran kejurulatihan.
Dia yang membimbing skuad Selangor bawah 19 tahun (B-19) Selangor FC sehingga muncul pemenang Piala Belia 2022 berterima kasih kepada FAM atas peluang luar biasa yang diberikan baru-baru ini.
“Saya sendiri dan 18 jurulatih profesional lain dari Malaysia telah dihantar ke Croatia untuk program kelab profesional selama 20 hari. Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa inisiatif FAM.
“Di Croatia, kami diberi peluang untuk menonton dan belajar daripada beberapa kelab terbaik di Croatia seperti NK Osijek dan GNK Dinamo Zagreb. Kami juga melawat Puskas Akademia yang terkenal di dunia (dinamakan sempena Ferenc Puskas yang terkenal),” coretnya di Twitter pada Rabu.
I am so thankful to @FAM_Malaysia for the amazing opportunity given recently.
Myself and 18 other professional coaches from Malaysia were sent to Croatia for 20 days professional club attachment program. All these would not have been possible without the initiative of FAM. pic.twitter.com/jhvH9kX6tK
— FTA (@FirdausTanAziz) March 15, 2023
Jelas Firdaus, FAM juga mengatur semua sesi jurulatih dengan beberapa yang terbaik di dunia iaitu Ketua Pendidikan Croatia FA HNS Dr. Boris Kubla, Jurulatih Kecergasan dan Pengkondisian Pasukan Kebangsaan Croatia Dr.Luka Milanovic dan Pengarah Teknikal Puskas Akademia, Peter Horvart.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih Lim Kim Chon dan Scott O’Donell atas segala bantuan dan bimbingan semasa kursus. Anda telah banyak membantu semua peserta sepanjang kursus,” katanya.
Seramai 19 orang peserta Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC/FAM 2022-2023 selesai menjalani modul 'club attachment' selama 10 hari bersama kelab luar negara di Budapest, Hungary dan Zagreb, Croatia.
▶️ Baca penuh di https://t.co/I1TVENrkRv#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/GYwnFFPmC7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) February 27, 2023