PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memohon maaf kepada peminat Malaysia berikutan kegagalannya tidak dapat beraksi acara akhir final riben biru di Stadium Nasional My Dinh.
Dia tidak sempat berlari kerana dibatalkan penyertaan pada saringan 100 meter (m) lelaki.
“Im sorry Malaysia. Saya bertawakal kepada Allah dan percaya kepada Allah. Insha Allah semua berlaku ada sebabnya. Saya akan kembali lebih kuat dari sebelumnya. Janji..,” katanya.
Terdahulu, seorang lagi pelari negara, Arsyad Md Saat sekadar menduduki tempat keenam.
Malaysia gagal mencipta hatrik edisi di dwi-tahunan kali ini selepas memenanginya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan SEA Filipina 2019.