LEE Zii Jia gagal ke final Seluruh England 2023, namun setidak-tidaknya jaguh perseorangan negara itu sudah mula menunjukkan peningkatan dan konsistensi dalam setiap perlawanan.

Kekalahan kepada pemain China, Shi Yu Qi 19-21, 13-21, mungkin kelihatan agak mudah buat pemain negara yang berada di ranking keempat dunia itu menyerah, namun hakikatnya Yu Qi jauh lebih berpengalaman.

Hakikat itu diakui sendiri Zii Jia, yang menganggap Yu Qi sebagai: “Dia sentiasa seorang lawan yang sukar.

“Waktu saya mula naik di peringkat remaja, dia sudah menjadi antara pemain top dunia, jika tidak sila mungkin top 3 atau top 2… sekarang dia kembali dan saya dapat rasakan dia bertambah baik berbanding dahulu.”

Mengakui banyak yang lagi yang perlu dipelajari daripada pertemuan dengan pemain berbeza, dan menyifatkan itulah hakikat keindahan badminton.

Shi Yu Qi mula memberi impak dengan perburuan gelaran kedua Seluruh England.

“Bagi saya, dalam setiap perlawanan, tidak kira menentang pemain di ranking ke berapa, saya rasa sebagai pemain, kami semua belajar sesuatu daripada pihak lawan.”

Sementara itu, Yu Qi menganggap Zii Jia antara atlet terbaik dunia.

“Secara peribadi, banbyak perlu saya belajar daripada dia (Zii Jia),” kata Yu Qi.Pada

Pada aksi final hari ini, Yu Qi akan berdepan rakan senegaranya, Li Shi Feng, yang menewaskan Anders Antonsen dari Denmark dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Zii Jia pernah menjuarai Seluruh England 2021, manakala Yu Qi pula juara 2018.