ARENA bola sepak tanah air akan menyaksikan penjenamaan liga semi-profesional yang bakal mengangkat semula pertandinganbola sepak peringkat amatur di negara ini.

Melalui Perjanjian Penajaan yang dimeterai antara Amateur Football League (AFL) yang merupakan pengendali liga semi-profesional di negara ini dan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), sebuah Bank patuh syariah yang progresif, Liga M3 akan dijenamakan sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank (MBSB Bank Championship).

Penjenamaan tersebut diumumkan pada Ahad di majlis menandatangani PerjanjianPenajaan yang disempurnakan oleh Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

MBSB Bank selaku penaja utama dan rakan bank rasmi AFL juga menjadi penaja bersama untuk Liga M4 dan Liga M5 yang dikendalikan oleh AFL.

Mohd Yusof (duduk, kiri) bersama Nor Azam (duduk,kanan) memeterai perjanjian bersama menjayakan Liga Kejuaraan MBSB Bank.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff berkata, Kerjasama ini membuktikanligatempatan bertaraf semi-profesional dan amatur mempunyai nilai komersial tersendiri.

Kehadiran MBSB Bank melambangkan penerimaan komuniti perniagaan terhadapsukan bola sepak di peringkat amatur yang berteraskan komuniti setempat ini.

“Bagi pihak AFL, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasihatassokongan dan kepercayaan MBSB Bank terhadap AFL untuk menjalin kerjasamademi faedah bersama. AFL sedia maklum imej MBSB Bank kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan besarlah harapan kami kerjasama ini dianggap langkah pertama dalam menyumbang kepada pembangunan sukan tanah air.

Kerjasama ini diharap dapat membuka mata lebih banyak syarikat luar mahupuntempatan agar memberi perhatian kepada sukan bola sepak di peringkat amaturyang memiliki potensi cukup besar untuk diterokai dari sudut komersial,” katanya.

Nor Azam menilai kolaborasi ini memberi orang ramai berpeluang mengenali MBSB Bank dengan lebih dekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib pula berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk bekerjasama denganAFL kerana yakin bahawa sukan bola sepak sangat dekat di hati rakyat.

“Kami merasa bangga dalam penglibatan ini demi menyokong pembangunan bolasepak negara.

“Kami mengharapkan melalui keterlihatan MBSB Bank, rakyat akanlebih maklum mengenai penawaran perbankan komprehensif. Sebagai contoh, Akaun Simpanan-i dan Semasa-i boleh dimanfaatkan pelanggan melalui kadar pulangan kewangan yang menarik. Manakala, pembiayaan Peribadi-i disediakan bagi membantu rakyat menangani keperluan kewangan dan Pembiayaan Hartanah-i pula ialah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

“Kami mengharapkan penglibatan MBSB Bank akan menyemarakkan lagi aksi di padang bola sepak dan sokongan kami dapat merealisasikan hasrat pengurusanAFL untuk melihat liga ini muncul sebagai salah satu liga terunggul di negara ini,” kata Datuk Nor Azam.