LUPAKANLAH dahulu kegagalan skuad muda badminton berpasukan lelaki yang tidak berjaya meraih emas apabila tewas 3-0 kepada Thailand dalam aksi akhir pada Rabu.

Bagaimanapun, pencapaian pingat perak itu menyamai keputusan pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Hari ini akan berlangsung peringkat Pusingan 16 acara badminton di Gimnasium Bac Giang, kira-kira 140 km dari Hanoi.

Berikut adalah jadual lengkap perjuangan atlet badminton negara yang akan turun ke gelanggang.

Perseorangan Lelaki: KOK JING HONG (MAS) lwn Loh Kean Yew (SGP) – 10 pagi

LEE SHUNG YANG (MAS) lwn Phonesack Sokthavy (LAO) – 10 pagi

Perseorangan Wanita: SITI NURSHUHAINI (MAS) lwn TBC – 10 pagi

LOH ZHI WEI (MAS) lwn Yue Yann Jaslyn Hooi (SGP) – 10 pagi

Beregu Lelaki: MAN WEI CHONG-TEE KAI WUN (MAS) lwn Tuan Duc Do-Hong Nam Pham (VIE) – 10 pagi

MUHAMMAD HAIKAL NAZRI-WAN MUHAMMAD ARIF SHAHARUDDIN WAN JUNAIDI (MAS) lwn Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan (INA) – 10 pagi

Beregu Wanita: YAP LING-GO PEI KEE (MAS) lwn Insyirah Khan-Zhi Rui Bernice Lim (SGP) – 10 pagi

CHENG SU HUI-CHENG SU YIN (MAS) lwn Pham Thi Khanh-Van Anh Thanh (VIE) – 10 pagi

Beregu Campuran: HOO PANG RON-CHEAH YEE SEE (MAS) lwn Daomixay Vorlasing-Vilakone Kommanivanh (LAO) – 10 pagi

CHEN TANG JIE-PECK YEN WEI (MAS) lwn Vannthoun Vath-Sok Somalyta (LAO) – 10 pagi